'GEMUK' dan kenangan indah


sehari dua ni rasa sedih, walaupun sibuk dengan aktiviti harian, dalam tak sedar tu teringat juga pada dia. sedih sangat. kadang2 keluar air mata gak. 'GEMUK' si kucing kesayangan kami dah mati. paling sedih dia mati di luar pengetahuan dan bukan dihadapan kami. dia mati dalam kurungan kat rumah MIL ku di kampung.

sejujurnya, aku bukan 'kucing type', tapi entah sebab hubby jenis pencinta kucing kot, benda tu lama2 terlekat kat aku. ye la bila tengok kesungguhan hubby melayan kucing, belai2 dia, tidur sama2. aku pun jadi terikut2. sudahnya, GEMUK jadi sangat la manja. kalau kami duduk mesti la datang menyebuk2 kat kami berdua, ala2 kacau daun gitu. hehehe. time semayang dia memang suka. dia akan gesel2 kat kaki kita, main2 telekung, duduk atas riba, jilat2 muka kita time kita baca doa... percaya atau tak, benda tu tak merunsingkan lansung, malah jadi sesuatu yang membahagiakan. time tidur pun sama, pagi2 tu ade la yang masuk bawah selimut, kat tengah2 antara hubby dan aku... nak tumpang bermanja...

sejak aku mengandung, aku bawak 'GEMUK' balik kampung bersamaku dirumah mak. lepas aku dah sihat dan balik ke rumah sendiri, GEMUK still kat umah mak aku. kat sana GEMUK dijaga dengan baik (walaupun takde le nak bermanja2 sgt macam aku n hubby slalu belai2 dia) namun dia ada masalah dengan kucing2 jantan jiran2. semua kucing2 tu akan kejar dan gigit2 dia kalau ternampak dia. pastu mesti ada luka2 siap darah2 lagi. dan GEMUK akan kesakitan sangat. kami la satu keluarga akan merawat dia. semua orang sayang dia.

beberapa minggu yang lepas, hubby aku ada upah orang buatkan kandang yang besar dan luas untuk kucing kat umah MIL. kami letak GEMUK sendiri kat dalam tu, makan minum, ubat semua dijaga. aku rasa lega sebab GEMUK mesti selamat, tak diganggu kucing2 lain lagi.

tapi rupanya GEMUK kemurungan duduk terkurung, mungkin. sabtu lepas aku sempat balik untuk hantar makanan gemuk, tapi entah mana silapnya aku tak pergi pun ke 'umah' GEMUK, terus saja balik. sebab aku nak g hospital melawat paksu yang baru pas operation. ahad tu, kami terima berita mengejutkan, yang gemuk dah mati.

mungkin dah sampai masanya GEMUK pergi, segala kenangan bersama GEMUK, tetap kami kenang kerana kehadiran dia dulu membawa kebahagiaan...


nak upload gambar gemuk tp asyik error je... :(

1 comments:

- S R R - said...

k hani... kita baru baca, sedihhhnya. dah la lawa kucennya.

dahla tau2 je dah mati, huwahuwahuwa sedihnya. tapi betul la, walaupun bukan jenis pencinta kucing pun, kalau kucing dah manja2 sapa boleh tolak kan? xpe sabo2...