skarang ni usia kandungan aku dah 4 bulan. alhamdulillah. morning sickness dah hampir berlalu. ade lagi muntah2 kuning pagi2 sekali sekala. yang pasti aku dah mula bertenaga, mula ada selera makan dan boleh bekerja dan buat aktiviti2 harian macam biasa. alhamdulillah.

dua bulan lepas, aku alahan teruk sangat. asyik mc aje. masuk hospital 2 ari sebab kekurangan air dalam badan sebab asyik muntah. sampaikan aku terpaksa dok sementara kat umah mak (mak la uruskan segala termasuk iron baju aku nak g keje... emak memang tiada ganti). alhamdulillah skarang aku dah cukup kuat untuk balik umah sendiri. dah boleh uruskan rumahtangga dan jaga diri sendiri. mujur juga cik abang rajin membantu, ringan tulang ke dapur untuk masak, kemas mengemas mana-mana yang patut... tq sayang. :)

alhamdulillah juga setakat ini kandungan sihat dan tak ade sebarang masalah. harapnya semuanya baik-baik saja. semalam yong aku selamat melahirkan baby boy ke-3. walaupun ade masalah pada awalnya, baby dah berak dalam perut, sebab my sis takde rasa sakit, mujurlah dapat juga lahirkan secara normal. kami sekeluarga dah risau sgt, sebab sebelum ni my sis memang takde problem teruk.

semalam gak keta aku rosak.. huhuhuh. dah masuk bengkel dah. aii, nampaknya bulan ni takleh shopping la (baru je tingin nak rembat sandal crocs untuk preggy mom and dah le ade jualan gudang akemi kat tempat aku ni.. hehehhe). harap2nya minor problem aje la tu, jgn le masuk icu lak. so arini aku meminjam kete hubby tersayang.