ayat-ayat cinta

Lirik Lagu Rossa - Ayat Ayat Cinta

ayat ayat cinta lirik

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...


Video Klip Rossa - Ayat Ayat Cinta

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video


powered by lirik lagu indonesia




Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Iam 37 weeks .. i am very tired and i am not having enough sleep.. "she" is having fun kicking me when i plan to have some rest.. but to be honest i feel more than happy to feel her doing so.. cant wait to hold her in my arms.. iam so excited .. i am sure that i can handle the few days that remain ... :D

hhehhe

Ramadhan ini

ari ni ari ke 10 berpuasa. alhamdulillah aku dapat puasa dengan jayanya. Tapi dah tinggal sehari dah ari ke5 aritu. hehehe. sebabbya aku dah rasa tak larat sangat. badan dah seram2 sejuk dah. so sebelum apa2 mudarat yang terjadi, terpaksalah berbuka.

alhamdulillah selera makan makin bertambah2 dengan hebatnya.aku tak le masak sangat pun. kebanyakan juadah berbuka kami aku beli aje kat pasar ramadhan, nak masak sangat2 pun macam tak berbaloi untuk dua perut aje yang tak berapa besar. lagipun tengah keadaan diri aku macam ni malas nak memaksa diri sangat. kadang2 kami g berbuka di rumah emak atau umah mertua. tu yang best tu dok dekat dengan makkan... bukan ape, masakan emak tu 'feel' dia lain macam. kenikmatan berbuka bersama2 ahli keluarga tu jugak yang paling membahagiakan.

kalau orang lain sibuk dengan persiapan raya, aku stakat ni takde siapkan ape pun lagi. baju raya pun tak nampak bayang lagi. biar le dulu, susut2 skit orang kat pasaraya tu baru nak g jenguk2 ape2 yang patut. memang seperti biasanya aku dan suami akan beli baju readymade aje. pasal baju bajuan ni kami tak ade masalah sangat. sama ada dari segi taste maupun saiz. mana yang nampak berkenan nanti, sesuai dengan budget dah memadai.

bulan ke-5

How your baby's growing:Turn on the radio and sway to the music. With her sense of movement well developed by now, your baby can feel you dance. And now that she's more than 11 inches long and weighs just over a pound (about as much as a large mango), you may be able to see her squirm underneath your clothes. Blood vessels in her lungs are developing to prepare for breathing, and the sounds that your baby's increasingly keen ears pick up are preparing her for entry into the outside world. Loud noises that become familiar now — such as your dog barking or the roar of the vacuum cleaner — probably won't faze her when she hears them outside the womb.




pejam celik pejam celik aku dan menghampiri 6 bulan melalui pengalaman-pengalaman antara yang paling indah dalam hidup aku ni.


baby aku skarang ni dah pandai bertindak balas dengan persekitarannya. kalau aku main2 tepuk2 skit perut, kadang2 dia akan tendang2 balik. heheh. kira macam bertanye kabar la tu.dia dah mula dapat mendengar bunyi2 kat luar ni. contohnya pagi2 time alarm henpon berbunyi untuk kejutkan kami, kadang2 dia akan 'tersedar' dulu. of course la aku akan tersedar juga, dah kena tendang2kan. kalau nasib tak baik, suami pun ada masanya 'terasa' tendangan dia yang power tu.


actually kami dah g scan, untuk tau jantina baby, tp tak berapa clear. so dr tak leh confirmkan lagi. aku takpe je rasanya. suami le yang dok excited nak tau sangat, dia dah planning nak g beli barang2 baby ujung bulan ni sebelum Ramadhan. alasannya, nanti aku dah tak larat bulan puasa nak shoping moping. ye ke? tapi memang aku telah menanamkan azam untuk cuba berpuasa penuh bulan Ramadhan yang akan menjelma ni. Insyaallah harapnya Tuhan bagi sedikit kekuatan pada aku ni. tapi kalau tak larat aku 'open' le... hehehe


disebabkan perut yang sudah membesar dengan jayanya, aku dah tak muat dah pakai baju kurung g keje, dah kene pakai uniform mommy2 dah... kiranya syok juga, dapat la peluang membeli baju baru dengan banyaknya sekalu gus. hehehe. mane le aku pernah beli baju dalam sebulan tu sampai 5 helai siap dengan skirt2 lagi. ye lakan koje gomen takleh pakai suar.. :(


pastu disebabkan sekarang ni musin buah-buahan tempatan, ade saje kawan2 yang memberi buah, rambutan la, dukong la, kena la amik, pastu kena la makan, pastu aku yang sakit perut. sehari dua ni asyik sakit perut je. mujur le ade mingak gamat yang cukup serasi dengan perut aku time ni. sakit je sapu minyak tu then rehat2 skit, pastu ilang la sakit perut. alhamdulillah. sakit ni senang datang dan senang pergi.


takpe le baby, time dalam perut ni, tendang2 takpe, kuar nanti takleh tendang2 parents tau... mama ni ada black belt taekwando :)


sehari dua ni rasa sedih, walaupun sibuk dengan aktiviti harian, dalam tak sedar tu teringat juga pada dia. sedih sangat. kadang2 keluar air mata gak. 'GEMUK' si kucing kesayangan kami dah mati. paling sedih dia mati di luar pengetahuan dan bukan dihadapan kami. dia mati dalam kurungan kat rumah MIL ku di kampung.

sejujurnya, aku bukan 'kucing type', tapi entah sebab hubby jenis pencinta kucing kot, benda tu lama2 terlekat kat aku. ye la bila tengok kesungguhan hubby melayan kucing, belai2 dia, tidur sama2. aku pun jadi terikut2. sudahnya, GEMUK jadi sangat la manja. kalau kami duduk mesti la datang menyebuk2 kat kami berdua, ala2 kacau daun gitu. hehehe. time semayang dia memang suka. dia akan gesel2 kat kaki kita, main2 telekung, duduk atas riba, jilat2 muka kita time kita baca doa... percaya atau tak, benda tu tak merunsingkan lansung, malah jadi sesuatu yang membahagiakan. time tidur pun sama, pagi2 tu ade la yang masuk bawah selimut, kat tengah2 antara hubby dan aku... nak tumpang bermanja...

sejak aku mengandung, aku bawak 'GEMUK' balik kampung bersamaku dirumah mak. lepas aku dah sihat dan balik ke rumah sendiri, GEMUK still kat umah mak aku. kat sana GEMUK dijaga dengan baik (walaupun takde le nak bermanja2 sgt macam aku n hubby slalu belai2 dia) namun dia ada masalah dengan kucing2 jantan jiran2. semua kucing2 tu akan kejar dan gigit2 dia kalau ternampak dia. pastu mesti ada luka2 siap darah2 lagi. dan GEMUK akan kesakitan sangat. kami la satu keluarga akan merawat dia. semua orang sayang dia.

beberapa minggu yang lepas, hubby aku ada upah orang buatkan kandang yang besar dan luas untuk kucing kat umah MIL. kami letak GEMUK sendiri kat dalam tu, makan minum, ubat semua dijaga. aku rasa lega sebab GEMUK mesti selamat, tak diganggu kucing2 lain lagi.

tapi rupanya GEMUK kemurungan duduk terkurung, mungkin. sabtu lepas aku sempat balik untuk hantar makanan gemuk, tapi entah mana silapnya aku tak pergi pun ke 'umah' GEMUK, terus saja balik. sebab aku nak g hospital melawat paksu yang baru pas operation. ahad tu, kami terima berita mengejutkan, yang gemuk dah mati.

mungkin dah sampai masanya GEMUK pergi, segala kenangan bersama GEMUK, tetap kami kenang kerana kehadiran dia dulu membawa kebahagiaan...


nak upload gambar gemuk tp asyik error je... :(

Macam seperti biasanya aku ada check up rutin bulanan ibu mengandung. Sekali setiap bulan. aku g dua tempat, klinik kesihatan kerajaan ( ni buku merah tu) dan satu lagi dengan Dr. Darmini, hospital private tapi company hubby tanggung, so on aje le.

So macam biasanya, Dr pun scan perut aku. aku pun dah macam excited sebab beberapa minggu ni baby dah mula gerak2 dan ade rasa geli2 skit. hehehe. tp aku terkejut skit bila Dr cakap uri aku kat bawah. nape? problem ke tu? then, Dr bgtau yang buat masa ni perkara tu bukan masalah lagi. aku perlu tunggu sampai bulan ke 7, slalunya uri tu ada peluang dan masa untuk berputar ke kedudukan yang betul (err atas kot). tapi andainya uri still di bawah even lepas 7 bulan, biasanya kena lahir by caesarean. ish2, ni yang den lomah ni.

aku pun balik umah surf la net godek2 info pasal menda ni. tapi lepas dapat baca2 info, takde le rasa susah hati sangat. sebab peluang untuk uri tu putar masih cerah. kalau tak pun aku rela aje dibelah2 perut ni nanti. hehe. janji my dear baby ni selamat dilahirkan apa cara skali pun.

skarang ni usia kandungan aku dah 4 bulan. alhamdulillah. morning sickness dah hampir berlalu. ade lagi muntah2 kuning pagi2 sekali sekala. yang pasti aku dah mula bertenaga, mula ada selera makan dan boleh bekerja dan buat aktiviti2 harian macam biasa. alhamdulillah.

dua bulan lepas, aku alahan teruk sangat. asyik mc aje. masuk hospital 2 ari sebab kekurangan air dalam badan sebab asyik muntah. sampaikan aku terpaksa dok sementara kat umah mak (mak la uruskan segala termasuk iron baju aku nak g keje... emak memang tiada ganti). alhamdulillah skarang aku dah cukup kuat untuk balik umah sendiri. dah boleh uruskan rumahtangga dan jaga diri sendiri. mujur juga cik abang rajin membantu, ringan tulang ke dapur untuk masak, kemas mengemas mana-mana yang patut... tq sayang. :)

alhamdulillah juga setakat ini kandungan sihat dan tak ade sebarang masalah. harapnya semuanya baik-baik saja. semalam yong aku selamat melahirkan baby boy ke-3. walaupun ade masalah pada awalnya, baby dah berak dalam perut, sebab my sis takde rasa sakit, mujurlah dapat juga lahirkan secara normal. kami sekeluarga dah risau sgt, sebab sebelum ni my sis memang takde problem teruk.

semalam gak keta aku rosak.. huhuhuh. dah masuk bengkel dah. aii, nampaknya bulan ni takleh shopping la (baru je tingin nak rembat sandal crocs untuk preggy mom and dah le ade jualan gudang akemi kat tempat aku ni.. hehehhe). harap2nya minor problem aje la tu, jgn le masuk icu lak. so arini aku meminjam kete hubby tersayang.