bulan ke-5

How your baby's growing:Turn on the radio and sway to the music. With her sense of movement well developed by now, your baby can feel you dance. And now that she's more than 11 inches long and weighs just over a pound (about as much as a large mango), you may be able to see her squirm underneath your clothes. Blood vessels in her lungs are developing to prepare for breathing, and the sounds that your baby's increasingly keen ears pick up are preparing her for entry into the outside world. Loud noises that become familiar now — such as your dog barking or the roar of the vacuum cleaner — probably won't faze her when she hears them outside the womb.




pejam celik pejam celik aku dan menghampiri 6 bulan melalui pengalaman-pengalaman antara yang paling indah dalam hidup aku ni.


baby aku skarang ni dah pandai bertindak balas dengan persekitarannya. kalau aku main2 tepuk2 skit perut, kadang2 dia akan tendang2 balik. heheh. kira macam bertanye kabar la tu.dia dah mula dapat mendengar bunyi2 kat luar ni. contohnya pagi2 time alarm henpon berbunyi untuk kejutkan kami, kadang2 dia akan 'tersedar' dulu. of course la aku akan tersedar juga, dah kena tendang2kan. kalau nasib tak baik, suami pun ada masanya 'terasa' tendangan dia yang power tu.


actually kami dah g scan, untuk tau jantina baby, tp tak berapa clear. so dr tak leh confirmkan lagi. aku takpe je rasanya. suami le yang dok excited nak tau sangat, dia dah planning nak g beli barang2 baby ujung bulan ni sebelum Ramadhan. alasannya, nanti aku dah tak larat bulan puasa nak shoping moping. ye ke? tapi memang aku telah menanamkan azam untuk cuba berpuasa penuh bulan Ramadhan yang akan menjelma ni. Insyaallah harapnya Tuhan bagi sedikit kekuatan pada aku ni. tapi kalau tak larat aku 'open' le... hehehe


disebabkan perut yang sudah membesar dengan jayanya, aku dah tak muat dah pakai baju kurung g keje, dah kene pakai uniform mommy2 dah... kiranya syok juga, dapat la peluang membeli baju baru dengan banyaknya sekalu gus. hehehe. mane le aku pernah beli baju dalam sebulan tu sampai 5 helai siap dengan skirt2 lagi. ye lakan koje gomen takleh pakai suar.. :(


pastu disebabkan sekarang ni musin buah-buahan tempatan, ade saje kawan2 yang memberi buah, rambutan la, dukong la, kena la amik, pastu kena la makan, pastu aku yang sakit perut. sehari dua ni asyik sakit perut je. mujur le ade mingak gamat yang cukup serasi dengan perut aku time ni. sakit je sapu minyak tu then rehat2 skit, pastu ilang la sakit perut. alhamdulillah. sakit ni senang datang dan senang pergi.


takpe le baby, time dalam perut ni, tendang2 takpe, kuar nanti takleh tendang2 parents tau... mama ni ada black belt taekwando :)


sehari dua ni rasa sedih, walaupun sibuk dengan aktiviti harian, dalam tak sedar tu teringat juga pada dia. sedih sangat. kadang2 keluar air mata gak. 'GEMUK' si kucing kesayangan kami dah mati. paling sedih dia mati di luar pengetahuan dan bukan dihadapan kami. dia mati dalam kurungan kat rumah MIL ku di kampung.

sejujurnya, aku bukan 'kucing type', tapi entah sebab hubby jenis pencinta kucing kot, benda tu lama2 terlekat kat aku. ye la bila tengok kesungguhan hubby melayan kucing, belai2 dia, tidur sama2. aku pun jadi terikut2. sudahnya, GEMUK jadi sangat la manja. kalau kami duduk mesti la datang menyebuk2 kat kami berdua, ala2 kacau daun gitu. hehehe. time semayang dia memang suka. dia akan gesel2 kat kaki kita, main2 telekung, duduk atas riba, jilat2 muka kita time kita baca doa... percaya atau tak, benda tu tak merunsingkan lansung, malah jadi sesuatu yang membahagiakan. time tidur pun sama, pagi2 tu ade la yang masuk bawah selimut, kat tengah2 antara hubby dan aku... nak tumpang bermanja...

sejak aku mengandung, aku bawak 'GEMUK' balik kampung bersamaku dirumah mak. lepas aku dah sihat dan balik ke rumah sendiri, GEMUK still kat umah mak aku. kat sana GEMUK dijaga dengan baik (walaupun takde le nak bermanja2 sgt macam aku n hubby slalu belai2 dia) namun dia ada masalah dengan kucing2 jantan jiran2. semua kucing2 tu akan kejar dan gigit2 dia kalau ternampak dia. pastu mesti ada luka2 siap darah2 lagi. dan GEMUK akan kesakitan sangat. kami la satu keluarga akan merawat dia. semua orang sayang dia.

beberapa minggu yang lepas, hubby aku ada upah orang buatkan kandang yang besar dan luas untuk kucing kat umah MIL. kami letak GEMUK sendiri kat dalam tu, makan minum, ubat semua dijaga. aku rasa lega sebab GEMUK mesti selamat, tak diganggu kucing2 lain lagi.

tapi rupanya GEMUK kemurungan duduk terkurung, mungkin. sabtu lepas aku sempat balik untuk hantar makanan gemuk, tapi entah mana silapnya aku tak pergi pun ke 'umah' GEMUK, terus saja balik. sebab aku nak g hospital melawat paksu yang baru pas operation. ahad tu, kami terima berita mengejutkan, yang gemuk dah mati.

mungkin dah sampai masanya GEMUK pergi, segala kenangan bersama GEMUK, tetap kami kenang kerana kehadiran dia dulu membawa kebahagiaan...


nak upload gambar gemuk tp asyik error je... :(