Penenang hati

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

[2] Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

[3] yang memberatkan punggungmu?

[4] Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

[5] Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

[6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

[7] Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

[8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.



Jumaat lepas aku sempat mengikuti usrah Ustazah DI TV9. Alhadulillah aku tertarik sangat dengan apa yang beliau sampaikan mengenai kelebihan surah Alam Nasyrah. Katanya, baca dan amalkan surah ini, untuk menjadi penenang hati, dan memujuk hati kita andai kita didalam kesusahan. Amatlah sesuai rasanya bagi diri aku yang jenis kurang sabar ni. Semenjak ari tu aku DAH mula amalkan, sebak rasanya dada bila baca ayat ke-5 dan 6 dan mengerti maksudnya. Allah berjanji bahawa selepas setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Itu janji Allah, dan sesungguhnya Allah tidak pernah akan mungkir.